Saturday, November 7, 2009

Sumber dari : norabiz86 (CG forumer)

0177580977 dan 0177615291 penipu di mudah.my

Salam...
Saya nak minta tolong pada sesiapa yang boleh jejak pemilik kedua-dua no.hp ni. Mereka ini PENIPU di mudah.my.

Begini ceritanya, Pada 16/9/2009 Hari Rabu lepas, Saya menerima panggilan dari seorang Perempuan Melayu yang menggunakan no.hp 0177580977 mengatakan mahu membeli Crocs Flip Flops Wake yang saya jual, saya ada iklankan di mudah.my berharga RM77. Dia kata dia akan bank in pada saya dan saya akan berjumpa kawan dia yang berada berdekatan di kawasan tempat tinggal saya untuk ambil flip flops tu jadi saya pun smskan Nama Penuh dan No.Akaun Maybank saya pada dia. Tiba-tiba pada pukul 1.51PM perempuan tu telefon saya mengatakan dia tersalah bank in. Dia cakap dalam masa sama dia nak bank in duit untuk beli flip flops tu pada saya dia juga ada nak bank in pada orang lain untuk beli laptop. Dia cakap dia tersalah bank in RM1500 ke akaun Maybank saya dan itu sepatutnya di bank in pada orang yang menjual laptop. Jadi saya pun cakap berikan akaun Maybank awak dan saya akan pulangkan duit tu transfer guna maybank2u, dia cakap takperlah kawan dia dah on the way nak jumpa saya di pekan berdekatan tempat tinggal saya jadi berikan saja duit tu pada kawan dia. Saya pun cakap oklah saya keluar ke pekan. Tak lama kemudian sebelum saya keluar dari rumah, seorang Lelaki Melayu menelefon saya menggunakan no.hp 0177615291 mengatakan dia kawan pada perempuan tadi yang disuruh ambil flip flops tu, dia tanya di mana nak jumpa, saya pun cakap di Maybank jerlah, mudah untuk saya keluarkan duit yang tersalah transfer tadi dan terus berikan pada dia. Dia kata okay, tak lama kemudian sebelum saya sampai di Maybank, lelaki tu call lagi cakap dia dah berada di satu kedai berdekatan dengan Maybank. Saya cakap oklah awak tunggu di sana nanti saya kesana. Bila sampai ke Maybank saya pun keluarkan duit sebanyak RM1400 dan ditambah duit dalam poket saya RM23 untuk diberikan pada kawan pembeli tu.
RM1500-RM77 = RM1423
Setelah itu, saya pun berjalan kearah kedai yang dikatakan tempat dia menunggu saya. Di situ terlihat seorang lelaki berbadan gempal sedang memandang ke arah saya. Dia tegur saya terlebih dahulu setelah nampak saya membawa crocs flip flops wake tu, Sahlah dia orangnya. Dia cakap ini kasutnye, saya cakap a'ah dan saya pun hulurkan flip flops dan duit sebanyak RM1423 pada dia, ni duit bakinya saya baru kuarkan dari ATM, kiralah. Dia pun kira depan saya dan angguk kepala tanda setuju tepat duit tu RM1423. Saya pun berlalu pergi dari situ. Dalam perjalanan ke kereta saya menoleh ke belakang dan nampak Lelaki Melayu tu sedang bercakap melalui hp nye.

Saya sms perempuan yang beli flip flops tu.

Saya sms dia taip "Ok saya dah kasi wake tu pada kawan awak.. Terima kasih ye.. Saya jual.."(2:36PM)
Dia balas taip "Sy beli. Duit balance skali kan?"(2:38PM)
Saya balas taip "Ye saya dah beri duit balance RM1423 pada kawan awak.."(2:40PM)
Dia balas taip "Tq"(2:40PM)

Dalam hati saya, Alhamdulillah dah lepas jual satu flip flops.
Tiba-tiba pada waktu malam pukul (8:28PM) saya menerima panggilan dari seorang Lelaki Melayu mengenalkan diri sebagai Reza mengatakan dia ada bank in RM1500 ke akaun saya siang tadi. Saya dalam keadaan bingung pun cakap memang ada orang bank in ke akaun saya siang tadi RM1500 kerana tersalah bank in dan orang itu perempuan dan saya dah serahkan duit tu semula pada dia. Reza mengatakan yang dia dapat no.hp saya dari "orang dalam" Maybank. Dia siasat akaun saya kerana orang yang menyuruh dia bank in RM1500 untuk urusan pembelian kereta yang diiklankan di mudah.my tidak menjawab panggilannya. Dia menunggu orang tu selama 5 jam di tempat yang dijanjikan tetapi orang tu tidak muncul. Saya pun beritahu saya ada berjumpa dengan seorang lelaki melayu berbadan gempal siang tadi untuk serahkan crocs flip flops yang dibeli dan duit yang tersalah transfer. Reza cakap kalau camtu SAH LAH saya ni kena tipu. Saya beristighfar panjang setelah tahu saya digunakan oleh PENIPU untuk menipu pembeli jujur ni dan lelaki melayu yang telah berjumpa dengan saya di kedai berdekatan Maybank itu adalah seorang PENIPU. Maklumat yang saya ada sekarang hanyalah no.hp PENIPU lelaki dan perempuan tu. Semalam saya pergi ke kedai tempat saya berjumpa dengan lelaki melayu tu untuk bertanya samada terdapat cctv di kawasan kedai tu, mereka kata memang ada cctv di dalam kawasan kedai tu, tapi saya berjumpa dengan orang tu hanya di luar kawasan kedai. Jadi hari ni saya menaip cerita ini di sini untuk mendapatkan bantuan dari mereka yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat tentang kedua-dua no.hp yang saya taipkan di sini.

Maaf ye.. Saya tahu tulisan saya macam tulisan surat formal tapi saya tak berapa pandai menulis dalam bahasa pasar, kalau bercakap rasanya bolehlah. Bila saya tulis macam ni rasanya semua bangsa di Malaysia faham apa yang saya tuliskan kalau mereka tahu Bahasa Malaysia.

Saya search no.hp 017 7580977 di search mudah.my mendapati ada 1 iklan di atas no.hp ini dan inilah kereta yang Reza nak beli tu. Saya copy and paste ayat "MACAM BAIK" PENIPU ni untuk menipu mangsanya.

Perdana v6 alfa -04

SELAMAT SEJAHTERA SEMUA,
DI SINI SAYA ADA SEBUAH KERETA PERDANA V6 TAHUN 2004 UNTUK DIJUAL SECARA SAMBUNG BAYAR KEPADA YANG BENAR-BENAR DALAM KEMAMPUAN UNTUK MEMBAYAR BULANAN NYA.KERETA DALAM KEADAAN YANG SANGAT BAIK, WARNA ASAL SILVER TAPI SAYA DAH TUKAR KEPADA WARNA HITAM. SPORT RIM 17, TAYAR BARU, GEAR BOX BARU SERVIS,DALAMAN CANTIK LAGI COZ YANG BANYAK PAKAI ADALAH ISTERI SAYA. SAYA BERNIAGA PASAR MALAM. NAK JUAL SEBAB KERETA BARU SAYA KELUAR PADA HARI SELASA/RABU NIE SO SESAPE YANG BERMINAT BOLEH BERUNDING DENGAN SAYA. SYARATNYA DEPOSIT RM 3500.00 (BOLEH RUNDING KALAU TINGGI SANGAT) BULANAN RM 840.00 LAGI 5 TAHUN LEBIH. LOAN EONBANK. ROADTAX ADA LAGI 6 BULAN LAPAN HARI LAGI. SAYA BERHARAP KEPADA SERIUS BUYER SAHAJA SEBAB FAHAM-FAHAM JER LA SAYA BERNIAGA PASAR MALAM SIBUK SIKIT KALAU SESIAPA YANG SESAJA NAK TANYA SAHAJA, YANG PENTING JUJUR SESAMA UMMAH. TERIMA KASIH. 017-7580977

TQ MUDAH.COM.MY

saiful hamid: 0177580977

Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya yang panjang lebar ni. Tujuan saya supaya dapat menjejaki PENIPU-PENIPU ni agar dapat dihukum setimpal dengan perbuatannya.
Bila saya dah terkena macam ni, saya berfikir 2 kali untuk melabelkan seseorang itu sebagai PENIPU bila ada Mangsa Penipu yang mengiklankan NO.AKAUN PENIPU itu, kerana saya takut orang yang difitnah itu adalah MANGSA seperti saya.

4 comments:

  1. Saya baru terbaca pasal ni. Suami sya pun mangsa kepada safwan samri ni pasal kereta perdana v6. Suami dah bank in rm 2300 dan telah pergi sampai ke johor utk berurusan. Dia jnji nak smpai tpi x sampai2 at last sya minta husband balik kl jer sbb dah rase dr awal husband kne tipu. Geram je rase dah ler dlm pantang anak pertama pastu seminggu lg nal raye. Huh. Tpi dia ade fax kpd kami geran kereta perdana tu bile cek dgn bank kereta dah abis bayar. Huh lg geram!!!

    ReplyDelete
  2. Ni penipu PSP 2k Terbesar..korang jaga2 ye, pukimak ini orang

    Name: Raziman B Mohd Radzi
    Maybank Acc: 1622 1843 0588
    No hp: 0148907989

    ReplyDelete
  3. Sesiapa yg masih mencari Safwan Bin Samri dan memerlukan pertolongan, I sanggup menolong dengan apa2 maklumat yang I ada. Sila add me at facebook @ James WKL ..... https://www.facebook.com/jameswong321 .....

    ReplyDelete
  4. Sesiapa yg masih mencari Safwan Bin Samri dan memerlukan pertolongan, I sanggup menolong dengan apa2 maklumat yang I ada. Sila add me at facebook @ James WKL ..... https://www.facebook.com/jameswong321 .....

    ReplyDelete