Monday, November 9, 2009

Saturday, November 7, 2009

Sumber dari : norabiz86 (CG forumer)

0177580977 dan 0177615291 penipu di mudah.my

Salam...
Saya nak minta tolong pada sesiapa yang boleh jejak pemilik kedua-dua no.hp ni. Mereka ini PENIPU di mudah.my.

Begini ceritanya, Pada 16/9/2009 Hari Rabu lepas, Saya menerima panggilan dari seorang Perempuan Melayu yang menggunakan no.hp 0177580977 mengatakan mahu membeli Crocs Flip Flops Wake yang saya jual, saya ada iklankan di mudah.my berharga RM77. Dia kata dia akan bank in pada saya dan saya akan berjumpa kawan dia yang berada berdekatan di kawasan tempat tinggal saya untuk ambil flip flops tu jadi saya pun smskan Nama Penuh dan No.Akaun Maybank saya pada dia. Tiba-tiba pada pukul 1.51PM perempuan tu telefon saya mengatakan dia tersalah bank in. Dia cakap dalam masa sama dia nak bank in duit untuk beli flip flops tu pada saya dia juga ada nak bank in pada orang lain untuk beli laptop. Dia cakap dia tersalah bank in RM1500 ke akaun Maybank saya dan itu sepatutnya di bank in pada orang yang menjual laptop. Jadi saya pun cakap berikan akaun Maybank awak dan saya akan pulangkan duit tu transfer guna maybank2u, dia cakap takperlah kawan dia dah on the way nak jumpa saya di pekan berdekatan tempat tinggal saya jadi berikan saja duit tu pada kawan dia. Saya pun cakap oklah saya keluar ke pekan. Tak lama kemudian sebelum saya keluar dari rumah, seorang Lelaki Melayu menelefon saya menggunakan no.hp 0177615291 mengatakan dia kawan pada perempuan tadi yang disuruh ambil flip flops tu, dia tanya di mana nak jumpa, saya pun cakap di Maybank jerlah, mudah untuk saya keluarkan duit yang tersalah transfer tadi dan terus berikan pada dia. Dia kata okay, tak lama kemudian sebelum saya sampai di Maybank, lelaki tu call lagi cakap dia dah berada di satu kedai berdekatan dengan Maybank. Saya cakap oklah awak tunggu di sana nanti saya kesana. Bila sampai ke Maybank saya pun keluarkan duit sebanyak RM1400 dan ditambah duit dalam poket saya RM23 untuk diberikan pada kawan pembeli tu.
RM1500-RM77 = RM1423
Setelah itu, saya pun berjalan kearah kedai yang dikatakan tempat dia menunggu saya. Di situ terlihat seorang lelaki berbadan gempal sedang memandang ke arah saya. Dia tegur saya terlebih dahulu setelah nampak saya membawa crocs flip flops wake tu, Sahlah dia orangnya. Dia cakap ini kasutnye, saya cakap a'ah dan saya pun hulurkan flip flops dan duit sebanyak RM1423 pada dia, ni duit bakinya saya baru kuarkan dari ATM, kiralah. Dia pun kira depan saya dan angguk kepala tanda setuju tepat duit tu RM1423. Saya pun berlalu pergi dari situ. Dalam perjalanan ke kereta saya menoleh ke belakang dan nampak Lelaki Melayu tu sedang bercakap melalui hp nye.

Saya sms perempuan yang beli flip flops tu.

Saya sms dia taip "Ok saya dah kasi wake tu pada kawan awak.. Terima kasih ye.. Saya jual.."(2:36PM)
Dia balas taip "Sy beli. Duit balance skali kan?"(2:38PM)
Saya balas taip "Ye saya dah beri duit balance RM1423 pada kawan awak.."(2:40PM)
Dia balas taip "Tq"(2:40PM)

Dalam hati saya, Alhamdulillah dah lepas jual satu flip flops.
Tiba-tiba pada waktu malam pukul (8:28PM) saya menerima panggilan dari seorang Lelaki Melayu mengenalkan diri sebagai Reza mengatakan dia ada bank in RM1500 ke akaun saya siang tadi. Saya dalam keadaan bingung pun cakap memang ada orang bank in ke akaun saya siang tadi RM1500 kerana tersalah bank in dan orang itu perempuan dan saya dah serahkan duit tu semula pada dia. Reza mengatakan yang dia dapat no.hp saya dari "orang dalam" Maybank. Dia siasat akaun saya kerana orang yang menyuruh dia bank in RM1500 untuk urusan pembelian kereta yang diiklankan di mudah.my tidak menjawab panggilannya. Dia menunggu orang tu selama 5 jam di tempat yang dijanjikan tetapi orang tu tidak muncul. Saya pun beritahu saya ada berjumpa dengan seorang lelaki melayu berbadan gempal siang tadi untuk serahkan crocs flip flops yang dibeli dan duit yang tersalah transfer. Reza cakap kalau camtu SAH LAH saya ni kena tipu. Saya beristighfar panjang setelah tahu saya digunakan oleh PENIPU untuk menipu pembeli jujur ni dan lelaki melayu yang telah berjumpa dengan saya di kedai berdekatan Maybank itu adalah seorang PENIPU. Maklumat yang saya ada sekarang hanyalah no.hp PENIPU lelaki dan perempuan tu. Semalam saya pergi ke kedai tempat saya berjumpa dengan lelaki melayu tu untuk bertanya samada terdapat cctv di kawasan kedai tu, mereka kata memang ada cctv di dalam kawasan kedai tu, tapi saya berjumpa dengan orang tu hanya di luar kawasan kedai. Jadi hari ni saya menaip cerita ini di sini untuk mendapatkan bantuan dari mereka yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat tentang kedua-dua no.hp yang saya taipkan di sini.

Maaf ye.. Saya tahu tulisan saya macam tulisan surat formal tapi saya tak berapa pandai menulis dalam bahasa pasar, kalau bercakap rasanya bolehlah. Bila saya tulis macam ni rasanya semua bangsa di Malaysia faham apa yang saya tuliskan kalau mereka tahu Bahasa Malaysia.

Saya search no.hp 017 7580977 di search mudah.my mendapati ada 1 iklan di atas no.hp ini dan inilah kereta yang Reza nak beli tu. Saya copy and paste ayat "MACAM BAIK" PENIPU ni untuk menipu mangsanya.

Perdana v6 alfa -04

SELAMAT SEJAHTERA SEMUA,
DI SINI SAYA ADA SEBUAH KERETA PERDANA V6 TAHUN 2004 UNTUK DIJUAL SECARA SAMBUNG BAYAR KEPADA YANG BENAR-BENAR DALAM KEMAMPUAN UNTUK MEMBAYAR BULANAN NYA.KERETA DALAM KEADAAN YANG SANGAT BAIK, WARNA ASAL SILVER TAPI SAYA DAH TUKAR KEPADA WARNA HITAM. SPORT RIM 17, TAYAR BARU, GEAR BOX BARU SERVIS,DALAMAN CANTIK LAGI COZ YANG BANYAK PAKAI ADALAH ISTERI SAYA. SAYA BERNIAGA PASAR MALAM. NAK JUAL SEBAB KERETA BARU SAYA KELUAR PADA HARI SELASA/RABU NIE SO SESAPE YANG BERMINAT BOLEH BERUNDING DENGAN SAYA. SYARATNYA DEPOSIT RM 3500.00 (BOLEH RUNDING KALAU TINGGI SANGAT) BULANAN RM 840.00 LAGI 5 TAHUN LEBIH. LOAN EONBANK. ROADTAX ADA LAGI 6 BULAN LAPAN HARI LAGI. SAYA BERHARAP KEPADA SERIUS BUYER SAHAJA SEBAB FAHAM-FAHAM JER LA SAYA BERNIAGA PASAR MALAM SIBUK SIKIT KALAU SESIAPA YANG SESAJA NAK TANYA SAHAJA, YANG PENTING JUJUR SESAMA UMMAH. TERIMA KASIH. 017-7580977

TQ MUDAH.COM.MY

saiful hamid: 0177580977

Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya yang panjang lebar ni. Tujuan saya supaya dapat menjejaki PENIPU-PENIPU ni agar dapat dihukum setimpal dengan perbuatannya.
Bila saya dah terkena macam ni, saya berfikir 2 kali untuk melabelkan seseorang itu sebagai PENIPU bila ada Mangsa Penipu yang mengiklankan NO.AKAUN PENIPU itu, kerana saya takut orang yang difitnah itu adalah MANGSA seperti saya.

Sumber dari : rakyat malaysia (CG forumer)

Taktik Penipu/Seller Bermasalah di Mudah.my

Berhati-hati kalau korang nak beli kenderaan kat Mudah.my, jangan terpengaruh dengan harga murah sebab tu kadang-kadang perangkap. Ni antara masalah yang aku survey dengan member-member yang penah jadi mangsa/hampir jadi mangsa penipu/seller bermasalah kat Mudah.my, komplen dah dihantar tapi tiada sebarang penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak Mudah.my ni. Ni antara taktik-taktik yang penah terkena pada member-member, sanak sedara dan aku sendiri.
  1. Seller tak letak contact number, so kita tertarik dengan harga yang murah, contact via emel then yang reply emel tu omputih yang penerangannya panjang lebar dan nak kita deposit duit dalam akaun dia. Ni antara contoh seller ----> http://www.mudah.my/Aprilia-rs-125-4124367.htm
  2. Keta/motor tak dak roadtax/insurance tapi dirahsiakan oleh seller, biasanya seller penipu ni akan cuba alih perhatian kita bila kita tanya lebih2 pasal roadtax/insurance ni, then bila kita dah setuju nak beli, dah datang nak ambik keta/moto tu, baru diorang cakap, walaupun kita sempat lagi cancel nak beli tapi kita dah banyak buang masa, lebih-lebih lagi kalau area tempat keta/motor yang kita nak beli tu jauh, buang masa orang, buat aniaya orang...
  3. Keta/motor yang roadtax/insurance cukup sempurna, geran lak bermasalah, bukan nama seller, nama owner lama, so kalau nak tukar nama kena cari owner lama, biasanya seller akan cakap "Tak pe bang, asal roadtax/insurance hidup boleh bawak ke mana-mana.." Then apa jaminannya kalau-kalau kita dituduh curi kenderaan tu, apa kita nak jawab, geran tak dak nama kita pun. Seller yang jenis macam ni pun selalunya akan 'tarik' kita untuk pegi view keta/motor diorang, bila kita dah pegi tengok baru dia cakap, kalau rumah seller ngan rumah kita jarak 2-3km tak pe, ni kadang2 kita siap ambik MC nak pegi tengok keta, sampai sana ada lak problem cam ni
  4. Seller yang memang kaki penipu, iklankan kenderaan cantik, then bile kita pegi tengok, test drive semua ok, bila kita dah setuju nak ambik jam tu jugak dia ada alasan macam-macam dan janji esok atau lusa baru boleh kita ambik keta/motor tu, sebenarnya dia nak tukar sparepart then lepas je kita wat payment, ambik kereta/motor, kita bawak balik ada problem lak, bila kita call no telepon diorang tak dapat, diorang beli satu simcard khas untuk tujuan penipuan ni, duit dah dapat tukar simcard, kita nak pegi claim balik dah tak boleh sebab deal bukan kat rumah diorang.
  5. Seller yang kaki test market, iklankan motor/kereta nak jual, bila orang dah datang tengok/nak beli, dah alasan macam-macam, tak jadi jual la, mak tak kasi jual la, bini tak kasi jual la, arwah nenek tak kasi jual la, nak bincang dengan family la, itu la, ini la, ni jenis manusia yang suka buang masa orang, ada gak jenis nak tunggu offer lagi baik, dah berbulan baru cakap balik comform nak jual, bila kita dah beli yang lain tak nak beli yang dia, macam nak marah kita pulak, time orang nak beli tak nak jual, bila kita dah tak nak beli baru contact kita balik cakap nak jual, sengal punya orang...

So kalau korang ada pengalaman jugak boleh lah share kat sini, buat panduan bersama bila kita nak berjual/beli kat Mudah.my. Tak dinafikan Mudah.my memang ada seller yang genuine, tapi di kalangan mereka terselit seller2 tak guna nih.

SAFWAN Bin SAMRI IBLISia AL-MUNAFIK




Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat rakyat Malaysia sekelian.

SILA AMBIL PERHATIAN & PENGAJARAN YANG SEBAIKNYA!!

Saya adalah mangsa penipuan AL-MUNAFIK seperti yang tertera di atas.

Saya adalah diantara ribuan atau mungkin jutaan rakyat Malaysia yang gemar membeli & menjual secara online ingin memaklumkan dan memberi peringatan dalam bentuk blog ini. Tujuan utamanya adalah untuk mencegah kegiatan penipuan jual beli di internet oleh
IBLISia (IBLIS+MANUSIA) yang bernama SAFWAN BIN SAMRI.

Antara website yang digunakan IBLISia ini untuk mencari mangsanya ialah mudah.com. Kerana di mudah.com segala-galanya menjadi mudah... . Pada kebiasaannya IBLISia menawarkan barangan kepada mangsa di ruangan WANTED dalam mudah.my dan lokasi barangan dikhabarkan dari negeri Kelantan. Tidak dapat dipastikan mungkin juga ada dari negeri lain. Harga barangan yang ditawarkan juga sangat menarik. Dan lebih menarik lagi harga akan diturunkan lebih lagi dari harga asal yang diiklankan apabila dealing dilakukan.

IBLISia ni memang kerja tetap dia mencari MANGSA dan memakan hasil titik peluh orang lain. Jadi kepada semua pengguna yang gemar berurusan dengan aktiviti jual beli secara online ini harap dapatlah berwaspada dan jangan berurusan dengan IBLISia yang bernama SAFWAN BIN SAMRI ni. .Jangan buat apa - apa transaksi (deposit) sebelum berjumpa secara langsung dengan IBLISia ni.

Jadi, jauhilah daripada berurusan dengan anak haram ni

SAFWAN BIN SAMRI
Maybank Account = 162674042232